• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Langkah mewujudkan keyakinan diri......

    Saturday, February 19, 2011

     
    Kita perlulah yakin dan percaya dengan diri kita sendiri sebelum mengharapkan orang lain mempunyai keyakinan dan kepercayaan kepada kita. Oleh itu secara ringkasnya berikut merupakan 10 langkah yang ke arah mewujudkan keyakinan diri:
    1. Anggapkan diri kite yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
    2. Jika orang lain boleh buat, kenapa kite tidak boleh buat?
    3. Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri kite dan baikinya.
    4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
    5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
    6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
    7. Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri kite adalah terbaik pada hari itu.
    8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
    9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
    10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
    untuk motivate diri sendiri..... yg selalu rase xyakin ngn diri sendir...... huhuhu.......

    0 comments:

    Post a Comment